Jumaat, 13 November 2009

balik kampung

hari aku melakukan persiapan untuk balik kampung balik....tak sabar rasanya aku nak balik kampung.......aku rindu mak dan ayah aku dikampung, rindukan suasana kampung,masakan mak dan paling penting sekali aku nak menziarahi pusara arwah opah wa aku, masa arwah meninggal aku tak balik kampung, sebab masa itu aku ada perbentangan berkumpulan untuk subjack mgm.... aku rasa dan terkilan la jugak.... tapi aku perrlu menunaikan tanggung jawab sebagai seorang pelajar............ dalam yang sama, aku tak mampu untuk menahan kesedihan tanpa ku sedari air mata ku mengalir........alhamdulilah walaupun payah waktu itu, allah tetap beri kekuatan kepada ku........

kelegaan

hari aku rasa cukup lega sekali sebabnya aku berjaya menamatkan penantian aku dalam menjawab soalan final exam.... selama dua minggu ini aku bertungkus lumus mengulangkaji kaji pelajaran untuk menjawab soalan final exam.... alhamdulilah aku bersyukur kepada allah kerana memudahkan aku menjawab soalan exam..... walaupun pelbagai dugaan dan cabaran untuk mengulangkaji pelajaran, aku tetap gagahi juga untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar, seoran anak dan hamba allah.... dikesempatan dan kesempitan ini, saya ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah yang telah sudi memberi tunjuk ajar dan ilmu kepada saya, moga moga allah merahmati para pensyarah semua...amin....

Sabtu, 24 Oktober 2009

SEMALAM

semalam, pagi pagi lagi aku bagun dari tidur kerana pada hari itu, aku akan menahadiri seminarkeusahawan ajuran fakulti ekonomi.......aku pergi bersama dengan zainal... setiba aku di dewan seminar...... aku berasa ngatuk lagi tambahan pula... lagu yang diputarkan oleh pihak semasa menunggu ketibaan dif dif kehormat adalah lagu lagu era 40an..... kebosanan meningkat secara mendadak umpama air gunung berapi yang ingin mengeluarkan lava.......kebosanan aku terhenti apabila dif dif terhormat tiba dan penceramah pertama memulakan sesi perbentangan kertas kerja... aku kiranya berungtung kerana pembentang kertas kerj adalah orang orang tersohor dan berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburinya. tapi yang masih bermain dalam fikiran ku ialah tentang kokorikulum hari itu ......aku dan sahabat mior meminta izin kepada DR NoRMALIZA untuk keluar awal bagi memboleh aku pergi ke kokorikulum..... setelah dapat keizinan aku dan kawan ku keluar lah dari dewan itu, tetapi ajk proram macam marah kami je..... AKU GERAM BETUL, bukan nya aku keluar sahaja-sahaj tapi bersebab..... GERAM AKU..... AKU GERAM........... TP APA APA PUN AKU DISEBALIK SEMUA INI ADA HIKMAHNYA

Jumaat, 16 Oktober 2009

SEMAIKAN CINTA KITA BEGINI

ada sesuatu yang abg nk sampaikan.....
abg nk ckp pada sayang " cinta agung adlah cinta ilahi"
abg nk ckp pada sayang " cinta manusia blh buat sayang alpa"
abg nasihatkan sayang " jgn mencintai abg lbh dari sayang cintakan allah"
abg nasihatkan sayang "jgn mengingatiku lbh dari sayang mengingati yg kuasa"
abg nasihatkan sayang "jgn mendoakanku lbh dr sayang mendoakan kedua ibuayah syng
abg nk bgtaw sayang "dahulukan allah krn disitu ada syurga"
abg nk bgtaw sayang "dahulukan ibuayah sayng krn ditelepak itu syurgasyng"
abg nk ingatkan sayang "abg tpikat pada sayang bkn pada rupa tp pd iman
abg nk ingatkan sayang"abg kasihkan sayang krn satun budi sayng"
abg nk sayang sedar " bila sayang dah mula menagung cinta manusia lbh dr cinta allah
abg nk sayang sedar "tanggungjawab sayang pada keluarga sayang
ABG NK SAYANG SEDAR "ABG MILIK YANG ESA"
abg nk sayang sedar "yg abg sentiasa sayangkan sayang"
abg nk sayang sedar "bila angan2 dah menguasai diri
abg nk sayang sedar "andai abg enggan dirapati krn menjaga batas"
abg nk sayang sabar "bila jarak menjadi penyebab penambah rindu"
abg nk sayang sabar "bila ujian mekanda dalam percintaan kita"
sayang ingat pesan ini" abg tak nak menjadi fitnah besar kpd sayang"
sayang ingat pesan ini "abg tak mahu mjadi punca kegagalan sayang"
sayang juga ingat pesan ini "abg sentiasa berdoa agar allah menjaga sayang jika abg pergi dulu sblm sayang"
abg nk khabar pd sayang "abg tak mahu melekakan sayang"
abg nk khabar pd sayang "abg nk sayang bjaya dalam impian dan cita cita sayang"
abg juga bharap "sayang jadilah penyokong dalam kejayaan abg"
abg nk sayang tau "abg mendambakan cinta suci terjaga"
abg nk sayang tau "CINTA KERANA ALLH tak ternilai harganya"
abg nk sayang tau " hubungan ini akn terjaga selagi sayang menjaga hubungan sayang denagn yang esa'

seuntai kata untuk dirasa


kenapa impian itu tidak seindah angan2??kanapa khdupan itu tidak semudah perancangan??..wahai hati, itulah kehidupan..sesaat manis akan melupakan setahun pahit..setahun pahit akan menghargai sesaatnya manis..hidup pahit tnpa manis mnjadikan kita lebih cekal dan pandai menghargai..wahai hati,bersabarlah..bersabarlah..bersabarlah..jika hari ini langit itu cerah,belum tentu cuacanya baik..jika hari ini langit itu hujan,belum tentu cuacanya buruk..wahai diri..simpanlah anganmu..jejaklah d bumi nyata,lihat sekitarmu,hargai apa yg dimiliki..cubalah mghrgai wlu tidak dihargai.. wahai minda..jernihkn dirimu..rungkaikan sgla kekusutan,hilangkn keraguan..bertindaklah secara berhikmah..ingatlah, sekali kita gagal..bukan selamanya gagal..bersabarlah..Ingatlah..di sebalik awan mendung itu tersembunyi sinar mentari yg terang..pahit itu cabaran ttp yg manis itu blum tentu kurniaan.."

19 HADIS RASULULLAH TENTANG KELEBIHAN WANITA


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19 Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka
kelebihan ini saya ingin kongsikan kepada kawan -kawan saya, saya perolehi dari seorang yang mengajar saya......

MANA SATU PILIHAN HATI

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ” Mak jawab, “dua-dua bukan..” Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman. “Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak lelakinya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..” Saya memintas, “Tak faham..” Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya kerut, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak. Secret Admire “abg, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur... Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak.. “Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti abg..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya. “Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. “Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya. Adakah ia suatu diskriminasi? “abg.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara lelaki, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan perempuan, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba abg renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “abg.. jadi di sini mak nak abg faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . ” “abg.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ” Redha “abg.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk abg, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang abg sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang abg tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin abg ada kekuatan yang dapat mengubah si perempuan tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin abg sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si perempuan ini ada sesuatu kelebihan yang abg sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya abg kalau abg mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

PESANAN SEORANG TUA

"kenapa impian itu tidak seindah angan2??kanapa khdupan itu tidak semudah perancangan??..wahai hati, itulah kehidupan..sesaat manis akan melupakan setahun pahit..setahun pahit akan menghargai sesaatnya manis..hidup pahit tnpa manis mnjadikan kita lebih cekal dan pandai menghargai..wahai hati,bersabarlah..bersabarlah..bersabarlah..jika hari ini langit itu cerah,belum tentu cuacanya baik..jika hari ini langit itu hujan,belum tentu cuacanya buruk..wahai diri..simpanlah anganmu..jejaklah d bumi nyata,lihat sekitarmu,hargai apa yg dimiliki..cubalah mghrgai wlu tidak dihargai.. wahai minda..jernihkn dirimu..rungkaikan sgla kekusutan,hilangkn keraguan..bertindaklah secara berhikmah..ingatlah, sekali kita gagal..bukan selamanya gagal..bersabarlah..Ingatlah..di sebalik awan mendung itu tersembunyi sinar mentari yg terang..pahit itu cabaran ttp yg manis itu blum tentu kurniaan.."

pesanan ini lah yang aku jadikan hamparan ketika aku dilanda selautan kesedihan dan kedukaan, pesanan ini aku perolehi melalui mimpi.... seorang tua berjubah putih, dengan wajah yang berseri memberikan pesanan ini kepadaku.....

Jumaat, 9 Oktober 2009

RESEPI KEJAYAAN

Bahan-bahan :
250 gm Daya Usaha
100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan
190 gm Keinsafan
150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran Akhlak Kemuliaan
8 Sudu Teh Rasa Tanggungjawab
200 gm Senyum Secukup Rasa

*** Boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna..

Cara Membuatnya

> Pukul semangat hingga kembang dan kental
>Masukkan usaha dan kesabaran gaul sampai sebati. masukan sedikit keinsafan sedekit demi
sedekit, biarkan adunan menjadi lembut
>setelah itu campurkan keimanan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia
>Bungkuskan dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba
> Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan bertolak ansur
>Hias dengan senyuman yang menawan, kemudian bakar dengan tenaga yang ada

Tip :- bagi mendapatkan hasil yang baik, jauhi dari air mata putus asa walaupun setitik

DI ATAS SEJADAH CINTA

YA allah...................
jika aku jatuh cinta,
cintakan aku dengan
pada seseoarang yang melabuhnkan cintanya pada-Mu
agar bertambah kekuatan aku untuk menyintai -MU

YA ALLAH
jika aku jatuh hati
izinkanlah aku menyentuh
hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu
agar tidak ku terjatuh atas jurang cinta nafsu.....

YA ALLAH
jik aku rindu
rindukan aku pada seseorang
yang merindui syahid jalan-MU

YA ALLAH
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu
janganlah kenikmatan itu melebih
kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhir-Mu

YA ALLAH
jiak aku jatuh hati pada kekasih-Mu
jangan biar aku tertaih
dan terjatuh dalam perjalanan
menyeru manusia kepada-Mu

aku pernah lemas dan tewas dalam mencari cinta sejati, sukar untuk mencarinya dengan hati yang suci tulus ikhlas....aku harap aku tak tertipu lagi dengan makhluk insan yang bernama wanita.........

semalam

semalam aku pergi jumpa penyelia projek paper aku...... aku kena dimarahinya kerana banyak buta silap dalam kertas kerja aku...........aku betul betul stersss.... dah lah tanggal lagi dua minggu je kuliah...... bab 1 pun susah nak lepas lepas lagi........aku tension betul........entah mungkin ini dinamakan dugaan dan cabarannya untuk aku tempuhi di alam pembelajaran.....mungkin dengan kesusahan ini, boleh dianggap sebgai pengajaran yang berguna buat diri......aku lemas dalam menghadapi bahtera kehidupan....... kiri kanan depan dan belakang ..........huhuhu mungkin ini yang dikatakan cabaran kehidupan di alam remaja......moga aku tabah dan sabar untuk menghadapinya segala onak dan duri dalam menjalani rimba kehidupan...

Selasa, 6 Oktober 2009

SEM YANG PALING SIBUK

semester ini adalah sem yang palin g subuk sekali bagi aku, banyak sangat tugasan yang diberikan oleh pensyarah untuk disiapkan, kadang kadang aku terasa macam nak putus asa aje u ntuk menyiapkan segala tugasan yang telah diberi tapi aku tahu disebalik kesulitan yang aku lalui dan aku harungi, aku pasti akan sinar kesenangan tersembunyi menanti dihadapanku..... sem ini juga aku terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan hidup... kadang kadang aku rasa...rasa mlas nak meneruskan kehidupan ini yang hari hari berbeza ujian dan dugaan yang tersedia menanti... emmmmmmmmm... kenapa hidup sukar sekali untuk ku mengecapi apa yang aku impikan menjadi kenyataan bukan sekadar khalayan......hai entahlah..

Sabtu, 3 Oktober 2009

DI SUATU PAGI

entah mengapa hari ini ku teringat ayah dan ibu aku di kampung , ini mungkin aku berasa rindu sangat pada mereka.......dan mungkin ...juga aku risaukan keadaan kesihatan ayah dan ibu ku di kampung..... selum ini pun kalau mereka tidak sihat, mereka tidak akan bagitahu pada aku, mereka merahsiakan dariku, kerana mereka takut pelajaran aku terganggu.......padahal aku sangat bimbangkan kesihatan mereka......hari hari aku mendoakan mereka......aku takut kerana ayah dan ibu sakit bukan sakit yang boleh dilihat oleh mata kasar tapi sakit yang dibuat oleh makluk halus atau lebih dikenali sebagai sihir.....aku pun tak tahu kenapa manusia sanggup berbuat demikian kepada sesama manusia.....aku tak mampu melihat ayah dan ibu menanggung penyakit itu....kalau diberikan keizinan oleh allah, biar sahaja penyakit itu bertukar kepada aku...........kerana aku tak mampu melihat ayah dan ibu menanggungnya dengan usia yang semkakin tua.....ya allah tenangkanlah hatiku.......berikan kekuatan kepada ayah dan ibuku untuk menghadapi segala ujian yang kau berikan nya, janganlah kau mereka dengan ujian yang tidak mampu mereka hadapinya....amin ya rabbal'alamin..........aku masih teringat lagi pesan ayah dan ibuku.........
"ADAKALANYA KITA RASA KURNIAAN ITU INDAH TANPA KITA TAHU ITU ADALAH SATU DUGAAN, ADAKALANYA KITA RASA UJIAN ITU SUKAR PADAHAL IANYA TANDA KASIH ALLAH KEPADA KITA"
itu lah kata-kata yang keluar dari mulut ayah dan ibu untuk menasihati aku supaya aku tidak berasa terlalu sedih.. aku bangga dengan ayah dan ibu ku.......tiba-tiba lamun aku terhenti....tanpa aku sedari air mata mengalir di pipi ku.....................AYAH DAN IBU SESUNGGUHNYA ANAKMU INI SANGAT MENYAYANGIMU...........

Jumaat, 2 Oktober 2009

gerammmmmmmmmm

aku begitu geram hari ini, kerana ada pekara yang tidak ku sangka-sangka dan ku duga, kawan yang ku anggap sebagai seorang baik dan sopan tanpa ku sedari selama ini telah permainkan aku.... selama ini aku hormat dan sanjung "dia" kerana peribadi nya yang begitu baik sekali, rupanya ada udang disebalik batu..... kalau lihat dari segi rupa, memang aku tak percaya beliau sanggup berbuat demikian dan mempunyai sifat Hipokrit dan talam dua........ aku begitu sedih sekali..... tak sangka..... beliau mengambil kesempatan dalam kesempitan dan kekurangan diriku....aku tak tahu, adakah selama persahabatan aku dan dia terbina atas dasar apa??????? KENAPA DIA SANGGUP MENIPU AKU?????? Sedangkan aku tidak pernah pun berbuat demilian kepada dia?????? ye memamg aku ada tegur kerana dia buat salah aku menegur dia ?????? aku berpegang pada prinsip....... KAWAN YANG BAIK ADALAH KAWAN YANG SELALU MENGATA DAN MENGEJI KITA ,kerana kita boleh tahu kelemahan kita TETAPI KAWAN YANG SELALU MEMUJI KITA, DIA TIDAK AKAN TAHU KELEMAHAN KITA KERANA SENANG UNTUK DIA MENGAHNCURKAN KITA.....???? ini lah prinsip hidup aku........ tetapi aku bersyukur..... kerana allah itu maha adil, sebab kawan aku tadi dia terjerat dengan perangkap yang dia buat sendiri...... allah telah menunujukan kepada aku kebenaran yang tersembunyi.. terima allah... buat kawan ku, BERUBAH LAH UNTUK KEBAIKKAN DIRI AWAK SENDIRI BUKAN KERANA TERPAKSA, BUKAN KERANA SAYA, TETAPI KERANA ALLAH... KETAHUHILAH... AKU SUDAH MEMAAFKAN MU WALAUPUN PAYAH TAPI AKU REDHA DENGAN KETENTUAN ILAHAI....
AKU NAK KAU TAHU BAHAWA..............
JIKA RUPA MENJADI UKURAN, AKU TIDAK LAYAK MENJADI SAHABATMU,
JIKA HARTA MENJADI BATASAN, AKU TIDAK MAMPU MENJADI SAHABATMU,
JIKA KEIKHLASAN YANG DIDAMBAKAN, ITULAH YANG TERSEMAT PENUH DIHATI KECILKU..............

Rabu, 30 September 2009

DOA BUATMU SAYANG

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah …..
Seandainya telah Engkau catatkan…dia milikku,
Tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku …
Agar kemesraan itu abadi …

Ya Allah …..
Ya Tuhanku yang Maha mengasihani …
Seiringkanlah kami melayari hidup ini …
Ketepian yang sejahtera dan abadi …
Maka jodohkanlah kami …

Tetapi ya Allah …..
Seandainya Engkau takdirkan
Dia bukan miliku …
Bawalah dia jauh dari pandanganku …
Dan peliharalah aku dari kekecewaan …

Ya Allah ……
Ya Tuhanku yang Maha mengerti …
Berikanlah aku kekuatan …
Menolak bayangnya jauh ke dada langit …
Hilang bersama senja merah …
Ku sentiasa tenang …
Walaupun tanpa bersamanya …

Ya Allah yang tercinta …..
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu
Sesungguhnya apa yang Engkau takdirkan …
Adalah terbaik untukku …
Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui …
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini …

Ya Allah …..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemelihara aku …
Didunia dan di akhirat …
Dengarlah rintihan hamba-Mu yang daif ini …
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian …
Didunia mahupun di akhirat …
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran …




Ya Allah …..
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman …
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai …
Dan
Kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah …

Ya Allah …..
Berikanlah kami kebahagian di dunia dan di akhirat …
Dan peliharalah kami dari azab api neraka …

Amin … amin … ya rabbal alamin…..

Ahad, 27 September 2009

jawapan bagi sebuah kehidupan

adakah aku sudah dikira beriman?????
(patutkah kamu menyangka bahawa mereka akan dibiarkandengan hanya berkata:kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan seseuatu atau cubaan dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya allah mengetahui orang -orang yang berdusta) surah al-angkabut:ayat 2-3
kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan????
boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu...dan boleh jadipula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu...Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui(s.al-baqarah:ayat 216)
kenapa susah sangat ujian ini????
allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuatu dengan kesanggupannya(kemampuannya)s,al-baqarah:ayat 286
bagaimana harus aku hadapi???
dan mintalah pertolongan kepada Allah ....dengan jalan yang sabar dan mengerjakan solat, dan solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk(surah, ali imran:ayat 200)
apa yang aku dapat daripada semua ini???
sesungguhnya Allah telah memberi dari orang mukmin, diri,harta mereka dengan membiarkan untuk mereka(s.at-tabah:ayat 11)
kepada siapa aku perlu berharap????
cukuplah! Allah bagiku, tidak ada selain dari-NYA. hanya kepadanya aku bertawakal(s.at-tauba:ayat 129)
rasa frust?tension? lemah semangat????
janganlah kamu bersikap lemah dan dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya... jika kamu orang-orang beriman..(s.ali imram:ayat 139)
arghh!!!!! aku tak tahan! aku dah bosan..!!!
janganlah kamu berputus asa dari rahmat allah,sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat allah melainkan orang kafir..(surah,Yusuf:ayat 12)

sekadar renungan....

suatu masa.......
kita pastikan dirisik,
pertunangan azali..........
dihujung hidup nanti......
akan berlangsung perkahwinan dengan maut.....
hantaranya sakit dan nazak......
tetamu bertandang menghadiahkan tangisan......
penganti dimandikan.......
dipakaikan baju berwarna putih...
wangian geharu cendana menjadi pelamin....
pengantin bersanding sendirian....
diarak keliling kampung....
ke rumah bertiang dua....
wasalam

Selasa, 15 September 2009

sekadar bicara tanpa suara

pada ramadhan kali ini, ku rasakan, aku telah gagal dalam dalam merebut peluang untuk bercinta dengan allah dan mendekatkan diri ku kepadanya...... aku tertewas dalam dengan diri ku sendiri .....aku berdaya dengan ujian yang beri...sungguh ku tidak menduga.. ujian sebegitu datang tanpa undang dengan tiba-tiba.... aku rasa sedih sekali dengan diriku sendiriku... aku ingin ingin terbaik tapi mungkin aku dapat mengimpikan, tidak untuk melaksanakan.... ya allah ampun kan hambu mu ini, berikan kekuatan kepada ku untuk memeliki cinta sebagaimana yang telah engkau berikan kepada orang-orang terdahulu sebelum ku... ya allah ya rahman ya rahim

Isnin, 14 September 2009

khas buat pelawat blogku

blog ini akan menceritakan tentang pengalaman hidup dan cabaran cabaran yang saya hadapi dalam melayari bahtera kehidupan ini...... suka duka pahit manis menjadi teman yang setia dalam hidup saya..... curahan rasa ini bukan untuk membangga diri aatau menceritakan tentang kelemahan diri tetapi ia sebagai panduan dan pengajaran untuk dijadikan sempadan dalam melayari kehidupan ini... kadang kala terfikir juga saya adakah cara saya ini jalan yang terbaik saya pilih untuk menjadi tempat meluahkan perasaan dan rasa hati saya......" apabila kita dilahirkan kita menagis orang lain tersenyum, berjuanglah agar satu hari nanti bila di saat kita menghembuskan nafas terakhir orang lain menangis kita tersenyum"...... selamat berjuang sahabat sahabat perjuangan