Jumaat, 9 Oktober 2009

RESEPI KEJAYAAN

Bahan-bahan :
250 gm Daya Usaha
100 gm Kesabaran
100 gm Keimanan
190 gm Keinsafan
150 gm Pengorbanan
150 gm Campuran Akhlak Kemuliaan
8 Sudu Teh Rasa Tanggungjawab
200 gm Senyum Secukup Rasa

*** Boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna..

Cara Membuatnya

> Pukul semangat hingga kembang dan kental
>Masukkan usaha dan kesabaran gaul sampai sebati. masukan sedikit keinsafan sedekit demi
sedekit, biarkan adunan menjadi lembut
>setelah itu campurkan keimanan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia
>Bungkuskan dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba
> Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan bertolak ansur
>Hias dengan senyuman yang menawan, kemudian bakar dengan tenaga yang ada

Tip :- bagi mendapatkan hasil yang baik, jauhi dari air mata putus asa walaupun setitik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan