Khamis, 18 Mac 2010

kawan ku sam episod 2

aku rasa sam, lebih baik hang berfikir tantang hubungan hang itu, dengan gadis muda itu......, sebagai seorang suami, hang juga kena jaga hati dan perasaan isteri dan keluarga hang tu..dia dah dah banyak berkorban dengan hang, menjaga makan minum hang, sakit pening hang, suka duka ketika hang sebelum berjaya menjadi seorang ahli perniagaan, isteri hang yang banyak berkorban harta,jiwa dan raga. itu belum lagi pengorbanan isteri hang yang membesarkan zuriat sehingga anak anka berjaya. jangan dikikut kata hati itu, perempuan muda cuma ingin mengambil kesempatan terhadap hang, dia nak kikis harta je, klu betul la,gadis muda itu seorang yang baik, mesti dia tak akan membuat perkara -perkara yang boleh menguris hati dan peraaan isteri dan anak-anak hang tu,kerana beliau pun seorang wanita, mesti lah dia faham perasaan wanita.. haragailah pengorbanan isteri hang itu..jangan hang menyesal nanti kerana kebodohan hang dalam menilai mana kaca mana permata, mana dosa mana pahala, mana bahagia mana sengsara.. fikirlah dan renungkanlah.. hang seorang berpelajaran tinggi, mesti hang boleh tahu beakan mana baik dan buruk sesuatu.hang kena ingat isteri adalah anak anak hang memerlukan kasih sayang dari hang, bukan kasih sayang kemewahan tapi dari segi hati dan perasaan serta rohani, mereka kekurangan itu sebenarnya... bantulah mereka, kerana anak-anak mu adalah pewaris keterunan dan harta yang paling berharga buat mu ketika sakit dan tak berupaya lagi..jangan kerana kebahagian atau kegembiraan sementara, hang sanggup hancur kebahagian yang kekal berpanjangan yang sepatutnya menjadi milik hang tapi hang buta kerana terlalu mengikut nafsu dan lupa diri....aku sebagai kawan bukan aku nak mengajar hang, cuma nak mengingatkan je, aku tak layak untuk mengajar hang, aku doa kan moga pintu hati terbuka untuk kembali kepada keluargamu......jika engkau sam, membaca blog ini, aku kau berubah demi keluarga mu yang tercinta.....

Isnin, 1 Februari 2010

AYAH KAU SUMBER INPIRASIKU

aku masih teringatkan pengorbanan ayah ku yang cukup banyak dalam menyara keluargaku,masa usia ayah ku 20 tahun, ayah ku sudah menjadi seorang ibu dan ayah kepada adik-adiknya...ayah ku sanggup menghabiskan usia muda dengan menjalankan tanggungjawabnya untuk menjaga dan membesarkan adik-adiknya, bila usia adik ayah ku yang bongsu mececah umur 14 tahun, ayah aku diuji lagi, adik ayah yang bongsu kemalangan dan mengakibatkan mata adik ayah ku buta, itu belum lagi, ada juga orang kampung yang sanggup menyihirkan ayah ku untuk mendapatkan harta peningalan arwah datuk dan nenek ku, berkali kali orang menghantar santau untuk ayah ku, itu belum lagi yang ingin mengainya ayahku sekeluarga, dalam serba kekurangan dan kelemahan, ayah ku tetap terus berjuang untuk membesar aku sekeluarga dan adik-adiknya... sampai pun aku berasa sedih, sebab ada lagi orang yang dengki dengan ayah ku dengan menghantar santau lagi, aku tak sanggup lihat keadaan ayah ku lagi, kurus,nampak cengkung akibat disantau, bila ayah berubat, dan dah sembuh, santau akan kembali lagi, seolah olah orang yang menghantar santau ingin melihat ayah terseksa dan derita dan kalau boleh ingin melihat ayah ku pergi buat selama-lamanya, kesan akibat santau ayah jadi lemah, mata jadi kabur.......dan tak sanggup aku menulis.....AYAH ANDAINYA ENGKAU TAHU, AKU TERLALU MENYAYANGIMU DAN ENGKAULAH YANG MENJADI SUMBER INPIRASIKU.....

Isnin, 25 Januari 2010

hari ini bukan untukku

hari ini adik angkatku mengadu pada aku, bahawa dia tidak mampu lagi menahan kesakitnya lagi..dia kata waktu nya dah nak sampai............ aku tak taw macam mana lagi nak naik semangatnya lagi, aku masih mengharapkan keajiaban dari allah swt agar penyakit adik angkat akan sembuh walaupun doktor mengatakannya dia tiada harapan lagi..agak mustahil kan harapan aku nie tapi tak bg mustahil bg allah swt.'adakah kebahagian itu bermusim? knpa kebahagian datang sekejap saja'..persoalan yang dilontarkan oleh adik angkat aku????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Ahad, 24 Januari 2010

hijrah

aku tak athu yang tengah aku fikirkan sekarang ini, kadang kala serabut kepala otak aku,dengan masalah kesihatan ayah ku di kampung, dengan assigment dari pensyarah,dengan masalah diri aku sendiri untuk mencari dan mendaki cinta ilahi.... agak berat bagi ku dalam untuk ku hadapinya, terkadang aku lemas dalam bisikan syaitan-syaitan yang selalu tidak henti henti ingin menghasut aku kembali untuk mencintai insan yang bergelar wanita,tidak salah mencintai wanita tapi biarlah wanita ialah isteriku setelah allah dan rasul. aku tak nak hanyut sekali merindukan dan mencintai perempuan tidak tentu halal bagiku lagi,cinta akan menyebabkan aku alpa dan lalai dalam mempersiapkan keperkuan dunia dan akhirat ku dan kalau aku berjaya melangkah ke alam perkahwianan sekalipun,nescaya ia terbina atas dasar maksiat yang mengundang padah kepada periadi zuriat ku nanti... ya allah berikan hambamu kekuatan untuk menghadapi semua,janganlah engkau pesongkan hambamu ini setelah engkau memberi kepada hambamu ini..........ya allah bantu lah dalam hijrah hambamu untuk menjadi insan yang lebih amalnya,imannya,akhlaknya dari tahun-tahun sebelumnya.......berikan hambamu ketabahan dalam menghadapi ujian ini........

Sabtu, 23 Januari 2010

PERINGATAN BUAT KU

semalam aku mendapat masej dari adikku, dia mengatakan bahawa suami pada mak su aku meninggal dunia akibat sakit jantung, allahyarham berumur 29 tahun dan dan mempunyai dua orang anak. aku sunngguh tidak menyangka pak su akan pergi dulu buat selama-lamanya, sebelum ini pak su tidak ada menunujukkan tanda tanda sakit jantung. aku mula terfikir, adakah waktu aku pun akan tiba tak lama lagi???????????? soal kematian membuat aku berasa semakin menghampiri aku......dalam masa yang, aku juga mempunyai adik angkat yang menghidap barah otak, peluangnya untuk pun agak sukar, umurnya baru 19 tahun, aku cuba untuk memberinya semangat tapi adik angkat seperti orang yang sudah berputus asa, aku buntu dan tak taw bagaimana untuk menasihatinya lagi..... aku harap satu keajaiban allah boleh terjadi terhadapnya(penyakitnya sembuh) mungkin itu satu yang mustahil tapi tidak mustahil bagi untuk menyembuhkannya....insyaallah, kini aku berfikir, kenapa kematian itu terjadi pada orang yang hampir dalam hidupku??? adakah ini peringatan dari allah supaya aku bersedia menghadapi kematian? adakah giliran aku tidak lama lagi?sesungguhnya ya allah hambamu pasrah terhadap ketentuan dari mu,moga allah memberkati dan merahmati hidupku, keluargaku, saudara maraku,guru-guruku, pensyarahk-pensyarahku dan muslim muslimah seleruh dunia......

Khamis, 21 Januari 2010

SEMALAM

semalam aku tergerak hati ku untuk membaca buku kawanku yang bertajuk ' pemilik cintaku setelah allah & rasul. setelah aku membaca buku itu, baru aku sedar selama ini aku telah menodai kesucian cintaku untuk bakal isteriku.... aku telah hanyut dengan cinta yang palsu sehinggakan aku menyibukkan hatiku mencintai dan merindui insan yang tidak pasti lagi aku(bakal isteri) dan jiwa ku telah lalai dalam menilai mana yang baik, dan mana yang buruk untuk diriku serta jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat yang mengundang padah kepadsa peribadi zuriat ku nanti. YA ALLAH ampunkan dosaKU disebabkan kelalaian dan kejahilan ku terhadap ilmumu ya Allah. Aku telah mengorbankan prinsipku hidup iaitu TIADA CINTA SEBELUM BERKAHWIN kerana terlalu ikut hawa nafsu dan dan bisikan syaitan... ya allah hamba mu ingin kembali BERCINTA KEPADA-MU YA ALLAH. berikanlah hambu-MU kekuatan dan kesabaran dalam mendaki puncak cinta-MU walaupun ku tahu akan banyak halangan dan cabarannya, insyaallah aku tempuhinya demi mencari CINTAMU..........